Ikhlas Motor Takaful

User Rating:  / 10
PoorBest 

IKHLAS MOTOR menyediakan dua jenis perlindungan yang dikenali sebagai IKHLAS Comprehensive Motor dan IKHLAS Third Party Motor yang memberikan tahap perlindungan yang berbeza untuk kenderan anda.


APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS MOTOR TAKAFUL?


IKHLAS COMPREHENSI MOTOR
Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.


IKHLAS THIRD PARTY MOTOR
Ia melindungi amaun yang sepatutnya ditanggung oleh anda atau pemandu yang dibenarkan oleh anda terhadap kematian, kecederaan, kerosakan harta pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda.


MANFAAT PILIHAN
Manfaat berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:

  • Liabiliti Penumpang
  • Kerosakan Cermin
  • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
  • Banjir dan Ribut
  • Sistem Radio Kaset/CD/DVD
  • Motorist Personal Accident


MENGAPA MEMILIH IKHLAS MOTOR TAKAFUL?

KHIDMAT BANTUAN JALANRAYA 24 JAM BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel wokshop kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma bernilai sehingga RM200).

SISTEM ANGGARAN TUNTUTAN ELEKTRONIK

IKHLAS MOTOR menggunakan teknologi Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik yang membolehkan tuntutan pembaikan yang pantas, dalam masa 24 jam.


E-COVERNOTE

  • IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera.
  • Ia juga dihubungkan terus secara elektronik dengan JPJ untuk pengeluaran cakera cukai jalan.
 

MODEL TAKAFUL IKHLAS
  • Model Takaful Ikhlas membolehkan kami mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta.
  • Setelah tamat tempoh, lebihan sumbangan termasuk pulangan akan diagihkan kepada para peserta.


Berikanlah perlindungan yang sewajarnya kepada kenderaan anda – bertindaklah secara proaktif dalam menghadapi perkara yang tidak diduga.
 
Renew Ikhlas Motor Online Now > sila klik di sini.