Balu terima pampasan insuransRM105,298

User Rating:  / 2
PoorBest 
Besut 22 Mei – Keperitan hidup seorang balu bersama lapan anaknya di kampong Gong Bayor dekat sini setelah kemalangan suami akibat nahas jalanraya bulan lalu terubat apabila menerima pampasan insurans berjumlah RM105,298 hari ini. Rohayah Kasim, 33 ternyata terkejut dengan jumlah pampasan yang diterimanya itu tidak menyangka suaminya Allahyarham Mohd Zahari Abu Kassim, 39 meninggalkan sesuatu untuk masa depan anak-anak dengan menyertai skim simpanan Takaful Ikhlas."Arwah suami saya tidak pernah memaklumkan kepada saya yang dia ada menyertai insurans ini dan saya amat terkejut dengan jumlah pampasan yang saya terima ini," katanya ketika ditemui dirumahnya hari ini. Rohayah memberitahu, Allahyarham suaminya meninggal dunia beberapa hari setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori ketika memandu kereta dalam perjalanan ke Kuantan, Pahang April lalu.

Allahyarham, seorang peniaga kedai runcit menyertai skim simpanan Takaful Ikhlas dengan caruman sebanyak RM133 sebulan sejak setahun lalu. Mohd Zahari meninggalkan lapan orang anak dan enam daripadanya masih bersekolah iaitu empat bersekolah menengah manakala dua lagi di sekolah rendah.Sementara itu cek pampasan tersebut disampaikan oleh Pengurus Unit Takaful Ikhlas Kelantan, Aris Zakaria dalam satu majlis ringkas di kediaman Rohayah. Rohayah berkata, wang yang diterimanya itu akan digunakan sepenuhnya membiayai pelajaran anak-anak yang masih belajar selain membaiki rumah yang didudukinya sekarang.