Syarat Permohonan

User Rating:  / 6
PoorBest 

Langkah-langkah yang perlu dilakukan:

Menghadiri Sesi Taklimat Kerjaya Sebagai Usahawan/Wakil Takaful Ikhlas yang dianjurkan oleh pihak agency kami dari semasa ke semasa. Kebiasaannya sesi taklimat kerjaya ini diadakan pada setiap hari sabtu, pada pukul 9.30 pagi hingga 11.00 pagi (bergantung kepada jumlah penyertaan yang diterima- minima 5 peserta) di pejabat agency, Sejahtera Risk Consulting, No. 4 Jalan Bandar 2, Taman Melawati, Hulu Kelang bagi permohonan di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Manakala bagi negeri-negeri yang lain, tarikh, waktu dan tempat sessi Taklimat Kerjaya akan ditentukan kelak bergantung kepada jumlah penyertaan yang diterima. 

Langkah seterusnya adalah, pendaftaran untuk menduduki Peperiksaan Asas Takaful (TBE)yang dianjurkan oleh Malaysian Insurance Institute (MII). Pihak MII menganjurkan peperiksaan tersebut dua (2) kali sebulan (secara manual) di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Serawak. Bagi tujuan pendaftaran peperiksaan tersebut, anda perlu menyediakan satu (1) salinan sijil SPM atau Diploma atau Ijazah dan satu (1) salinan kad pengenalan. Yuran peperiksaan tersebut adalah RM40 (secara manual) dan harga buku adalah RM20 (jumlah RM60).

Apabila telah lulus Peperiksaan Asas Takaful tersebut, baharulah permohonan untuk menjadi Usahawan Takaful Ikhlas (Wakil Takaful Ikhlas) boleh dibuat. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 2 salinan sijil akademik- SPM atau Diploma atau Ijazah/Master/PHD.
  • 2 salinan kad pengenalan (kedua-dua belah).
  • 2 salinan keputusan Peperiksaan Asas Takaful (TBE).
  • 3 keping gambar berukuran passport (bertudung lengkap bagi perempuan).
  • 2 salinan buku akaun simpanan Maybank Al Wadiah atau Bank Simpanan Nasional Al Wadiah (muka depan sahaja).
  • Menghantar sekurang-kurangnya 3 kes (penyertaan) untuk dijadikan sebagai 3 pelanggan pertama anda.

Borang permohonan yang lengkap akan diproses oleh pihak Pentadbiran Agency Takaful Keluarga, Takaful Ikhlas Sdn Bhd dalam tempoh dua (2) hari berkerja dan jika permohonan berjaya, surat perlantikan dan kad pengesahan wakil akan dikeluarkan kepada anda.

Para usahawan Takaful Ikhlas mestilah pada bila-bila masa mematuhi Kod Ethica yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Takaful Ikhlas. Diantaranya ialah cara berpakaian yang menutup aurat dan cara pemakaian tudung yang dibenarkan bagi Wakil Takaful perempuan.

Ke semua proses permohonan untuk menjadi Usahawan Takaful Ikhlas ini akan diuruskan oleh pihak agency kami, Sejahtera Risk Consulting.