Ikhlas Capital Investment Linked Takaful (ICILT)

User Rating:  / 1
PoorBest 

DESKRIPSI PELAN

Ikhlas Capital Investment Linked Takful merupakan pelan Sumbangan Tunggal Berkaitan Pelaburan (Investment-Linked). Ia merupakan pelan berbentuk pelaburan yang menawarkan kenaikan nilai modal dan perlindungan sekiranya berlaku kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh kepada peserta. Peserta mempunyai pilihan untuk melabur didalam tiga (3) jenis dana iaitu Dana Pertumbuhan (Growth Fund), Dana Seimbang (Balanced Fund) dan Dana Pendapatan Tetap (Fixed Income Fund).

MANFAAT PERLINDUNGAN

Ikhlas Capital Investment linked Takaful menawarkan perlindungan manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh. Sekirannya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh kepada peserta, 100% dari jumlah perlindungan (bersamaan dengan 125% dari sumbangan tunggal di tambah dengan jumlah penambahan sumbangan (jika berkenaa) dan di tolak dengan nilai serahan, atau jumlah terkumpul didalam Dana Pertumbuhan (yang mana lebih tinggi) akan dibayar kepada penama-penama atau keluarga terdekat peserta.

CIRI-CIRI ISTIMEWA IKHLAS CAPITAL INVESTMENT LINKED TAKAFUL

  • Pengeluaran Sebahagian Wang Tunai- Amaun minimum yang boleh dikeluarkan ialah sebanyak RM500. Pengeluaran sebahagian wang tunai adalah tertakluk kepada baki minimum mestilah sebanyak RM3,000 didalam Dana keseluruhan. Caj-caj untuk transaksi pengeluaran adalah seperti berikut (tertakluk kepada caj maksima RM50 setiap pengeluaran): Tahun 1 (3%), Tahun 2 (2%), Tahun 3 (1%) dan Tahun berikutnya (0%).
  • Opsyen Sumbangan Tambahan- Para peserta boleh membuat sumbangan tambahan pada bila-bila masa tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Jumlah minima (RM500) dan jumlah maksima (5 kali sumbangan tunggal bagi setiap tahun).
  • Serahan Sijil/Penyertaan- Nilai serahan adalah bersamaan dengan Nilai Dana Keseluruhan iaitu nilai unit-unit dana pada harga unit pada masa berkenaan.
  • Penamatan sijil/penyertaan- Sijil akan ditamatkan sebaik sahaja penyerahan dilakukan, atau apabila peserta telah mencapai umur lapan puluh (80) tahun atau apabila bayaran manfaat kamatian/hilang upaya kekal telah dibuat.
  • Yuran Pengurusan Dana- Yuran maksimum pengurusan dana adalah 1.0% bagi bon-bon atau pasaran wang dan 1.5% ke atas lain-lain jenis dana. Caj-caj ini akan dibuat secara berbeza-beza oleh Takaful Ikhlas tertakluk kepada caj maksima sebanyak 1.5% setahun. *Takaful Ikhlas berhak untuk mengkaji semula yuran pengurusan dana dengan memberi sekurang-kurangnya tiga (3) bulan notis kepada peserta.
  • Caj Takaful- Caj Takaful akan dibayar daripada Dana Keseluruhan kepada Dana Risiko (menerusi pembatalan unit-unit pada Harga Unit) berdasarkan Asas Tabarru' pada setiap awal bulan "Ulang Tahun" sijil. Caj tambahan takaful (jika berkenaan) akan dibayar daripada Dana Risiko (menerusi pembatalan unit pada setiap unit harga) berdasarkan asas Tabarru' pada setiap awal bulan "Ulang Tahun" sijil.
  • Yuran Pemindahan Dana(setiap tahun sijil)- Yuran Pemindahan atau pertukaran dana untuk pertama kali bagi setiap tahun adalah secara percuma manakala bagi pertukaran dana yang  berikutnya akan dikenakan yuran sebanyak RM50 setiap pertukaran.

SYARAT DAN UMUR PENYERTAAN

  • Umur Penyertaan- Pemegang sijil (umur minima: 18 tahun dan umur maksima: 60 tahun) dan peserta (umur minima: 1 tahun dan umur maksima: 60 tahun). *Umur adalah berdasarkan kepada Umur Harijadi Akan Datang (UHAD).
  • Had Sumbangan- Minima (RM5,000) dan maksima (tertakluk kepada keputusan pengunderaitan dan mesti didalam gandaan RM500).
  • Umur Matang- Bila mencapai umur 80 tahun (UHAD).
  • Jumlah Perlindungan- 125% dari Sumbangan Tunggal ditambah dengan jumlah penambahan sumbangan (jika berkenaan) dan ditolak dengan jumlah pengeluaran, atau jumlah terkumpul didalam Dana, yang mana lebih tinggi.

PENGENDALIAN SUMBANGAN

Sumbangan akan diperuntukkan kepada Dana Peserta, caj bulanan akan dikenakan daripada akaun Dana keseluruhan yang dibuat kepada Akaun Terkumpul Ta'awuni (TAP). TAP meliputi Dana Perbelanjaan, Dana Risiko dan Dana Khas masing-masing untuk menanggung caj perbelanjaan, risiko dan rizab. yuran komisen dan perbelanjaan akan dibayar ke TAP pada setiap tarikh bayaran sumbangan manakala caj untuk Dana Khas akan dibayar secara bulanan ke dalam TAP daripada bulan pertama perlindungan.

Lebihan

Takaful Ikhlas akan mengenakan Caj Pentadbiran Lebihan (SAC) sebanyak 10% daripada jumlah lebihan kasar yang dihasilkan setiap bulan. Sebarang lebihan bersih yang dihasilkan (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan dibahagi dengan kadar yang ditetapkan di antara peserta (menerusi Dana Keseluruhan) dan Dana penstabilan. Nisbah perkongsian lebihan (selepas ditolak) adalah 50:50 atau lebih baik kepada pihak peserta.

Sebarang pengurangan dalam Dana Risiko akan terlebih dahulu dibayar daripada Dana Penstabilan dan jika perlu dari Dana Khas. Sekirannya masih tidak mencukupi, pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan) daripada Pengendali Takaful akan dibuat. Pinjaman-pinjaman tersebut akan terlebih dahulu dicaj terhadap lebihan yang dihasilkan daripada Dana Risiko.

Pada akhir tahun, Aktuari yang dilantik akan menilai kecukupan Dana Penstabilan. Aktuari yang dilantik juga akan menentukan samada jumlah dalam Dana Penstabilan akan diagihkan semula kepada peserta (menerusi Dana Keseluruhan sebagai pembahagian lebihan muktamad) dan/atau Dana Khas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila klik di sini...