Perlantikan Agen Takaful Keluarga

User Rating:  / 5
PoorBest 

Setelah permohonan anda telah berjaya, anda akan diberi surat perlantikan sebagai Usahawan Takaful Ikhlas (Wakil Takaful Keluarga) dan kad pengesahan sebagai Wakil Takaful bersama dengan nombor kod wakil.

Anda juga diperlukan untuk:

   1. Menandatangani kod ethica sebagai Wakil Takaful.
   2. Menandatangani kontrak sebagai Wakil Takaful.
   3. Menghadiri kursus-kursus yang diwajibkan oleh pihak Takaful Ikhlas

Perlantikan ini menghendaki anda menjalani tempoh percubaan selama enam (6) bulan dan jika anda gagal mematuhi atau memenuhi syarat dan kelayakan minima yang telah ditetapkan dalam tempoh enam (6) bulan dari perlantikan tersebut, maka dengan itu komisen anda akan digantung dan kontrak wakil anda akan ditamatkan serta-merta.

Dalam usaha untuk meningkatkan tahap kejayaan dan profesionalisma seseorang Usahawan Takaful, pihak Takaful Ikhlas dan pihak agency sendiri (Sejahtera Risk Consulting) sentiasa menganjurkan kursus, latihan dan sesi-sesi motivasi serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan secara berterusan.