Pembangunan Kerjaya

User Rating:  / 5
PoorBest 

Pada kebiasaannya kerjaya Usahawan Takaful anda akan bermula dengan jawatan sebagai Wakil (Agent). Kemudian anda akan dinaikkan kepada jawatan Penolong Pengurus Agensi (AAM) apabila anda telah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan oleh pihak pengurusan Takaful Ikhlas. Seterusnya anda akan dilantik ke jawatan Pengurus Agensi (AM) dan akhirnya ke jawatan tertinggi iaitu Pengurus Agensi Kumpulan (GAM). Setiap tahap kenaikan jawatan mempunyai syarat-syarat dan kelayakan tertentu yang perlu anda capai atau penuhi.

Dalam keadaan tertentu anda boleh memohon terus (Direct Appointment) ke jawatan AAM atau AM. Keputusan permohonan anda bergantung kepada kelulusan oleh pihak pengurusan Takaful Ikhlas. Permohonan anda akan dinilai berdasarkan kepada kelayakan akademik, jawatan yang disandang sekarang, prestasi dan juga tempoh pengalaman bekerja didalam industri-industri yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Takaful Ikhlas. Sila rujuk di laman "Perlantikan Terus".

Pembangunan Kerjaya

 {mosimage}


Nota:
Agent = Wakil; AUM (Assistant Unit Manager) = Penolong Pengurus Unit; UM (Unit Manager) = Pengurus Unit; AM (Agency Manager) = Pengurus Agency

Lain-Lain Benefit

Selain dari komisen yang tinggi, 3 jenis bonus yang memberangsangkan dan “over-riding” untuk UM dan AM, terdapat banyak lagi benefit yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas bergantung kepada syarat-syarat, kelayakan, pangkat yang disandang dan lain-lain lagi. Diantara lain-lain benefit itu ialah:-

  • Konvensyen Luar Negara
  • Elaun Rekrut (Recruitment allowance)
  • Bonus Produksi Kumpulan (Group production Bonus)
  • Dana Simpanan Agensi (Agency Provident Fund)
  • Elaun Pembangunan Perniagaan (Business Development allowance)
  • Subsidi Sewa Pejabat (Rental Subsidy)
  • Subsidi Kerani (Clerical Subsidy)
  • Takaful Berkelompok (Group Term Takaful)
  • Elaun Break-Away (Break-Away Benefit)
  • Dan banyak lagi benefit kepada mereka yang layak