Kerjaya Sebagai Agen Takaful

User Rating:  / 6
PoorBest 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang yang beriman ialah sesiapa yang boleh memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia". (Riwayat Ibnu Majah)
 
Dalam hadith yang lain yang bermaksud: "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit". (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan kepada 2 hadith diatas, dapatlah kita rumuskan bahawa kerjaya Usahawan Takaful ini adalah kerjaya yang amat mulia di sisi Allah s.w.t. kerana kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini hendaklah sentiasa saling berkerja-sama, saling bertanggung-jawab dan saling lindung-melindungi diantara jiran tetangga dan ahli masyarakat yang berada didalam kesusahan dan kesempitan hidup.

Kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas adalah kerjaya yang mampu memenuhi segala impian hidup anda di dunia dan di akhirat. Mulakan langkah anda sekarang di sini !!!

Apa tugas dan peranan Wakil/Usahawan Takaful?

Peranan dan tugas Usahawan Takaful adalah untuk memberi kesedaran tentang keperluan perlindungan kewangan takaful Ikhlas kepada semua anggota masyarakat samada mereka itu muslim atau tidak, supaya menyertai mana-mana skim Takaful Ikhlas yang bersesuaian dengan keperluan perlindungan kewangan bakal peserta, contohnya skim simpanan untuk pendidikan tinggi anak, skim simpanan dan perlindungan untuk diri sendiri dan pasangan dan bermacam-macam lagi.

Apa kelayakan yang diperlukan?

Minima SPM (dengan lulus sekurang-kurangnya dalam 5 subjek) dan kemudian mesti lulus Peperiksaan Asas Takaful (Takaful Basic Examination) yang dikendalikan oleh Institut Insurans Malaysia atau kelayakan berkaitan yang diiktiraf oleh pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Manakala kelayakan bagi permohonan untuk jawatan Pengurus Unit (UM) dan Penolong Pengurus Unit (AUM), sila rujuk di laman "Perlantikan Terus (Direct Appointment)".

Mengapa pilih kerjaya ini?

Satu ibadah iaitu fardu kifayah dan merupakan salah satu dari cabang jihad kerana peranannya untuk menyebarkan atau mengembangkan muamalat Islam (insurans berteraskan syariah) kepada semua anggota masyarakat. Ia juga membantu merancang perlindungan kewangan pelanggan berlandaskan syariah. Disamping itu, ia merupakan kerjaya mulia di dunia dan di akhirat dan industri ini mempunyai potensi yang amat besar dan semakin popular. Dengan menceburi bidang ini, Insya Allah Jutawan Mukmin milik anda.


Bagaimana dengan potensi kerjaya atau industri ini di masa hadapan?
  • BNM Masterplan mensasarkan 20% penguasaan pasaran industri takaful di Malaysia sebelum tahun 2010.
  • Sehingga hari ini, penguasaan pasaran industri takaful di Malaysia baru 5%.
  • Kesedaran masyarakat melayu tentang keperluan perlindungan kewangan Islam semakin meningkat setiap hari.
  • Bermacam risalah telah diedarkan oleh BNM untuk memberi kesedaran tentang keperluan takaful kepada masyarakat.


Adakah perkara-perkara berikut merupakan impian hidup anda?

  • Memiliki apa sahaja yang ada impikan.
  • Mampu mengerjakan haji atau umrah setiap tahun atau bila-bila masa saja.
  • Mampu melancung ke mana-mana saja dan pada bila-bila masa.
  • Pembayar zakat yang terbilang.
  • Mampu menyumbang secara aktif kedalam tabung jihad/fisabilillah.
  • Mampu membiayai kos pendidikan agama dan akademik yang berkualiti tinggi dan professional untuk anak-anak, dan lain-lain lagi.

    Jika jawapan anda adalah 'ya', ceburilah kerjaya sebagai Usahawan Takaful Ikhlas sekarang. Inilah kerjaya atau industri yang mampu memenuhi segala impian hidup anda di dunia dan akhirat sepertimana yang dijelaskan diatas.