Kemusykilan Kerjaya

User Rating:  / 4
PoorBest 

1. Dengan hanya berkelulusan SRP, adakah saya layak untuk memohon kerjaya sebagai Wakil Takaful?

Tidak layak. Kelulusan minima adalah SPM dengan sekurang-kurangnya lulus dalam 5 mata pelajaran.


2. Bolehkah kerjaya Wakil Takaful ini dijadikan sebagai kerja sambilan?

Kerjaya ini boleh diceburi secara sepenuh atau separuh masa. Namun begitu anda mestilah menghadiri kursus-kursus yang diwajibkan dari semasa ke semasa yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan Takaful Ikhlas dan juga oleh pihak ketua agensi. Disamping itu anda mestilah mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan anda pada bila-bila masa yang diperlukan.


3. Saya berkelayakan ijazah kejuruteraan dari luar negara dan soalan saya, adakah kerjaya ini sesuai untuk saya?

Kerjaya ini sesuai untuk semua orang samada mereka itu berkelayakan SPM atau diploma atau ijazah atau master dan sebagainya. Dari perangkaan yang dikeluarkan setakat tahun 2005 didapati hampir 49% dari wakil yang berdaftar dengan Takaful Ikhlas adalah mereka yang mempunyai kelayakan ijazah dan/atau professional. Yang paling penting dalam kerjaya ini ialah diri anda sendiri mesti mempunyai sikap yang suka untuk membantu orang dan benar-benar berminat dengan kerjaya ini, mempunyai semangat usahawan, berusaha dengan gigih, berdisiplin yang tinggi, tabah menghadapi cabaran dan Insya Allah kejayaan milik anda.


4. Wakil Takaful merupakan kerjaya professional dan saya ingin tahu berapa tahun perkhidmatan diperlukan untuk kenaikan pangkat dari wakil biasa ke jawatan tertinggi iaitu Pengurus Agensi (AM)?

Bermula dengan perlantikan sebagai Wakil Takaful anda kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pengurus Unit (AUM) jika anda telah mencapai produksi minima yang diperlukan serta telah memenuhi lain-lain syarat yang telah ditetapkan dan kebiasaannya akan mengambil masa dari satu (1) hingga dua (2) tahun. Dari AUM anda kemudian dinaikkan pangkat ke Pengurus Unit (UM) setelah anda memenuhi segala kelayakan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan pada kebiasaannya memerlukan masa dari satu (1) hingga dua (2) tahun. Akhir sekali kenaikkan pangkat dari UM ke Pengurus Agensi (AM) memerlukan masa dari dua (2) hingga empat (4) tahun dan ini bergantung kepada prestasi individu masing-masing dalam memenuhi kelayakan dan syarat-syarat yang diperlukan. Secara amnya paling minima/awal seseorang Wakil Takaful itu dapat mencapai ke tahap AM adalah empat (4) tahun dan pada kebiasaannya ia akan mengambil masa dari lima (5) hingga enam (6) tahun.


5. Jika saya seorang Pengurus Unit (UM), adakah saya juga perlu membuat produksi individu (personal production)?

Jika anda seorang UM dan juga membuat produksi individu maka anda akan memperolehi pendapatan 48% (komisen 35% dan Over-riding 13%) dari sumbangan setiap peserta anda untuk tahun pertama. Tetapi jika anda tidak membuat produksi individu anda hanya dapat over-riding 13% dari sumbangan setiap peserta yang didaftarkan oleh para wakil anda dan wakil-wakil anda akan memperolehi komisen 35% dari sumbangan setiap peserta mereka untuk tahun pertama.


6. Semua orang dah ada insurans dengan siapa saya nak jual?

Dari perangkaan yang diperolehi setakat tahun 2004, tidak lebih dari 30% penduduk di Malaysia yang mempunyai skim perlindungan insurans konvensional dan kurang dari 5% penduduk di Malaysia yang mempunyai skim perlindungan kewangan takaful. Oleh itu pasaran takaful di Malaysia masih lagi terlalu luas iaitu lebih-kurang 95%.


7. Saya mempunyai matlamat hidup untuk memperolehi pendapatan RM30,000 sebulan dalam masa 5 tahun akan datang dan soalan saya adakah kerjaya ini mampu merealisasikan matlamat hidup saya tersebut?

Takaful Ikhlas mula beroperasi pada Julai 2003 dan setakat hari ini (August 2006), baru 3 tahun ianya telah beroperasi. Namun begitu, dalam tempoh tersebut pun sudah ada wakil-wakil yang memperolehi pendapatan melebihi RM30,000 sebulan. Malah telah ada mereka yang memperolehi pendapatan lebih dari RM40,000 sebulan. Dalam kerjaya ini pendapatan adalah tiada limit dan ia akan berbeza dari seorang wakil dengan wakil yang lain bergantung kepada tahap usaha individu tersebut dan dengan pertolongan dan kehendak Allah s.w.t.


8. Katakan sekarang ini saya sudah menjadi Wakil Takaful selama 2 tahun dan mempunyai 300 peserta/pelanggan, soalannya bagaimana saya mampu untuk memungut sumbangan bulanan dari peserta/pelanggan saya yang begitu ramai?

Pelanggan/peserta boleh membayar sumbangan bulanan mereka dengan berbagai cara diantaranya ialah melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (untuk kakitangan kerajaan sahaja), kad kredit, potongan gaji oleh majikan, potongan melalui bank, maybank2u, cek tertunda, bayaran tunai di mana-mana cawangan terdekat dan sebagainya.


9. Bagaimana komisen saya dibayar?

Komisen anda akan dibayar dua (2) kali sebulan dan akan dikreditkan kedalam akaun simpanan/semasa anda. Setiap Wakil Takaful Ikhlas diwajibkan membuka akaun simpanan/semasa Al-Wadiah dengan Maybank atau Bank Simpanan Nasional untuk tujuan pembayaran komisen.


10. Mengapa saya perlu memilih untuk menceburi kerjaya ini berbanding dengan kerjaya yang lain?

a.  Ini merupakan kerjaya yang bertaraf professional. Oleh itu kebanyakan universti di dunia ada menawarkan kursus-kursus professional berkaitan dalam bidang insurans atau takaful.
b. Pendapatan yang tiada limit/had dan berterusan. Pendapatan setiap wakil berbeza bergantung kepada usaha dan kegigihan setiap wakil.
c.  Pasaran yang teramat luas dan ia merupakan keperluan setiap individu.
d.  Anda sebenarnya membina empayar perniagaan francais anda sendiri yang tidak mempunyai risiko dan tidak memerlukan modal.
e.  Anda merupakan seorang pendakwah didalam bidang muamalat Islam. Anda mengerjakan jihad untuk menegakkan muamalat Islam. Kerja yang amat murni.
f.   Salah satu cara yang terbaik untuk mengejar impian sebagai Jutawan Mukmin dalam tempoh yang tidak panjang.