FAQ's

User Rating:  / 4
PoorBest 

1.     Adakah penyertaan pelan Takaful Ikhlas ini hanya untuk warganegara Malaysia yang beragama Islam sahaja?

Tidak. Penyertaan sebarang Pelan Takaful Ikhlas boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia tidak kira bangsa atau agama, malah mereka yang berstatus Penduduk Tetap pun layak menyertai pelan Takaful Ikhlas.
    

2.    Apakah pelan yang sesuai untuk anak saya dan saya sendiri, dan berapakah bayaran yang dikenakan?

Anda boleh menghubungi pihak kami untuk mendapatkan perundingan dan nasihat percuma mengenai pelan yang bertepatan dan bersesuain dengan keperluan perlindungan kewangan keluarga anda. Manakala bayaran atau sumbangan pula bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah perlindungan diambil, tempoh, manfaat, umur peserta dan lain-lain lagi.
    

3.    Berapa sumbangan bulanan minima dan maksima untuk setiap peserta?

Sumbangan bulanan minima untuk setiap peserta juga bergantung kepada faktor yang dijelaskan dalam "No. 2" diatas tetapi secara kasarnya lebih-kurang RM80 sebulan. Manakala sumbangan bulanan maksima pula bergantung kepada kelulusan pihak Jabatan Penganderaitan, Takaful Ikhlas.
    

4.    Bolehkah saya bayar sumbangan pelan takaful secara tahunan?

Bayaran sumbangan pelan takaful secara tahunan adalah yang terbaik kerana anda akan mendapat diskaun. Selain daripada tahunan dan bulanan, anda juga boleh bayar sumbangan pelan takaful secara setengah tahun dan suku tahun.
    

5.    Selain berurusan di cawangan Takaful Ikhlas, apakah cara lain untuk saya membayar sumbangan bulanan pelan takaful?

Anda boleh membayar melalui Auto Debit bank (Maybank, BSN, CIMB dan Bank Islam), arahan tetap bank (semua bank), BPA (kakitangan kerajaan sahaja), Maybank2u, CIMB Online, Bank Islam Online, kad kredit dan sebagainya.
    

6.    Jika saya menamatkan penyertaan pelan takaful di separuh jalan sebelum tempoh penyertaan matang, adakah jumlah bayaran sumbangan saya yang telah dibuat itu hangus begitu saja?

Tidak. Anda akan memperolehi kesemua baki terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) dan Akaun Risiko Pelaburan Peserta (PRIA) setelah dicampur dengan keuntungan dari Dana Pelaburan. Sumbangan yang telah diagihkan ke Tabung Taawuni (TAP) tidak akan dipulangkan kerana peserta telah mentabarrukan (mendermakan) sebahagian dari sumbangannya untuk membantu peserta-peserta lain yang ditimpa musibah atau kesusahan sepertimana termaktub di dalam Kontrak Tabarru' didalam sijil pelan takaful.
    

7.    Jika tiada sebarang musibah berlaku sepanjang penyertaan saya didalam pelan takaful, adakah bayaran sumbangan saya itu hangus begitu sahaja?

Tidak. Anda akan memperolehi kesemua baki terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) dan Akaun Risiko Pelaburan Peserta (PRIA) setelah dicampur dengan keuntungan dari Dana Pelaburan dan juga lebihan dari Dana Risiko (Risk Fund) apabila penyertaan anda telah sampai tempoh matang. Oleh itu menyertai sekarang atau hari ini adalah lebih baik dari menunggu hari esok.
    

8.    Jika saya terdesak dan memerlukan wang, adakah saya boleh meminjam dari pelan takaful tersebut?

Anda tidak boleh meminjam tetapi anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebahagian sebanyak 30% dari Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) sehingga 3 kali sepanjang tempoh penyertaan anda. Dan jarak setiap kali pengeluaran mestilah tidak kurang dari 2 tahun. Apabila tempoh penyertaan takaful matang, keseluruhan baki didalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) dan Akaun Risiko Pelaburan Peserta (PRIA) termasuk keuntungan dari Dana pelaburan dan juga lebihan dari Dana Risiko (Risk Fund), akan diserahkan kepada peserta.
    

9.    Bolehkah bayaran sumbangan pelan takaful ini mendapat pengecualian cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)?

Boleh. Bagi pelan takaful keluarga individu atau insurans hayat individu, anda layak untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan sebanyak RM6,000 setahun (insurans atau takaful individu dan/atau kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mulai Tahun Taksiran 2005 (Tahun Taksiran sebelum ini RM5,000 setahun). Manakala untuk pelan takaful pendidikan dan/atau pelan takaful perubatan anda diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak RM3,000 setahun oleh LHDN.
    

10.    Benarkah insurans konvensional itu tidak menepati hukum syariah?

Ya. Ini disebabkan kontrak insurans konvensional terdapat unsur-unsur yang ditegah oleh syariah seperti adanya gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan riba.
    

11.    Apakah perbezaan diantara takaful dan insurans konvensional?

Bil.  Takaful Insurans Konvensional
 1. Konsep saling bekerja-sama, bertanggung-jawab dan lindung-melindungi. Konsep perniagaan yang berteraskan keuntungan semata-mata.
 2. Kontrak Tabarru' (menderma sebahagian dari sumbangan) dan Kontrak Al-Wakalah
(membenar pihak Takaful Ikhlas menguruskan dana sumbangan peserta).
Kontrak jual-beli dimana pihak syarikat insurans akan menaggung segala liability terhadap pemegang polisi- penanggung insurans berlesen.
 3. Terhindar dari unsur-unsur gharar, maisir dan riba. Wujud unsur-unsur gharar, maisir dan riba.
 4. Operasi dikawal selia oleh Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah.
 5. Keuntungan pelaburan diagih berdasarkan konsep mudharabah atau yuran prestasi. Keuntungan diagih berdasarkan kadar faedah.
 6. Pengeluaran sebahagian dibenarkan dan tiada kadar faedah dikenakan. Pinjaman dibenarkan dan kadar faedah dikenakan.