Terms & Conditions

User Rating:  / 1
PoorBest 


Laman Web ini ditadbir dan diuruskan oleh seorang tenaga agensi yang berdaftar dan berkontrak dengan Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Segala isi kandungannya dikarang dan diolah berdasarkan kefahaman, pengetahuan dan pengalaman pentadbir atas kapasitinya sebagai seorang Pengurus Agensi Takaful. Laman Web ini adalah semata-mata untuk memberi penerangan dan untuk berkongsi idea dengan pembaca atau pelayar laman mengenai Program Usahawan Takaful Ikhlas dan Perancangan Perlindungan Kewangan Islam secara umum dimana ianya bukan merupakan sebuah kontrak takaful. Pihak pentadbir tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang mungkin dialami dengan penggunaan maklumat di Laman Web ini. Jika ada sebarang kekeliruan fakta pihak Takaful Ikhlas Sdn Bhd dan pentadbir laman ini tidak boleh dipertanggung-jawab dan dipersalahkan.


Laman Web ini adalah hak milik Sejahtera Risk Consulting. Menyalin atau mencetak semula mana-mana kandungan dalam Laman Web ini tanpa kebenaran pemilik adalah satu kesalahan.