Bulletin

Takaful IKHLAS Raih 2 Anugerah Antarabangsa

User Rating:  / 2
PoorBest 

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) menerima dua penganugerahan antarabangsa sebagai Penyedia Takaful Terbaik daripada Berita Kewangan Islam (IFN) dan Majalah Kewangan IslamEuromoney(Majalah Euromoney) baru-baru ini.

Anugerah yang diterima daripada IFN merupakan pengiktirafan buat kali keempat berturut-turut sejak tahun 2008. Manakala pengiktirafan daripada MajalahEuromoney, diraih buat kali kedua selepas 2010.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, pihaknya berbangga di atas dua pengiktirafan tersebut memandangkan industri takaful yang begitu mencabar ketika ini.

"Anugerah dan pengiktirafan ini menunjukkan bahawa produk-produk Takaful Ikhlas telah mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan memenangi dua anugerah tersebut, ia bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan syarikat di dalam industri takaful, malah ia turut menggambarkan komitmen syarikat dalam memperjuangkan industri kewangan Islam melalui produk berinovatif tinggi dan perkhidmatan yang berkualiti.