About Us

User Rating:  / 5
PoorBest 

Kami, Sejahtera Risk Consulting, merupakan salah satu dari agency yang berdaftar di Takaful Ikhlas Sdn Bhd yang diuruskan oleh seorang professional muslim. Beliau berpendidikan Ijazah dalam bidang Perakaunan  dan  merupakan seorang Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) yang berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (Malaysian Institute of Accountants). Di samping itu beliau juga berkelayakan didalam bidang perancangan kewangan dan merupakan seorang "Certified Member (CFP)" yang berdaftar dengan Financial Planning Association Of Malaysia (FPAM).

Sebelum menceburi bidang insurans/takaful, beliau mempunyai pengalaman berkerja di dalam bidang perakaunan dan kewangan selama lebih 15 tahun. Jawatan terakhir beliau adalah Pengurus Kewangan. Beliau mula bergiat dalam bidang insurans konvensional semenjak tahun 1998. Kemudian beliau berhijrah ke industri insurans yang berteraskan Hukum Syariah (Takaful) pada tahun 2000 sehingga kini.

Dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang tersebut, Insya Allah beliau mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada peserta-peserta yang menyertai pelan perlindungan kewangan Takaful Ikhlas melalui agensi Sejahtera Risk Consulting.

Insya Allah beliau juga mampu memberikan segala tunjuk ajar dan latihan berkesan yang diperlukan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi industri perancangan perlindungan kewangan Islam (industri takaful) sebagai seorang Usahawan Takaful atau Wakil Takaful yang professional.

Kami sekarang ini sedang melancarkan pendaftaran permohonan untuk mereka yang berminat untuk menjadikan Usahawan Takaful Ikhlas sebagai kerjaya secara separuh masa (untuk jawatan Wakil Takaful sahaja) dan juga sepenuh masa (jawatan Wakil takaful, Penolong Pengurus Unit dan pengurus Unit) di seluruh Malaysia. Bagi permohonan untuk jawatan Penolong Pengurus Unit dan Pengurus Unit, sila lawati laman "Perlantikan Terus (Direct Appointment)" untuk mengetahui kelayakan dan syarat-syarat yang diperlukannya. Ataupun, Sila hubungi kami secepat mungkin untuk mendapat maklumat dan penerangan lanjut.