Ikhlas Education Takaful Plus

User Rating:  / 2
PoorBest 

{mosimage}Ini merupakan pelan pendidikan tinggi anak yang berbentuk pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kewangan kepada anak yang menyertainya apabila ditimpa sebarang musibah atau dugaan dari Allah s.w.t di sepanjang tempoh penyertaan tersebut.

SYARAT PENYERTAAN
      

  • Umur Kemasukan anak :  30 hari hingga 12 tahun (umur akan datang)
  • Umur kemasukan pembayar :  20 tahun hingga 50 tahun (umur akan datang)
  • Tempoh Matang :   umur 18 tahun sehingga umur 23 tahun (umur akan datang)
  • Tempoh Penyertaan:   5 hingga 22 tahun
  • Sumbangan bulanan:  Sumbangan minima bergantung pada umur peserta dan pembayar (anggaran kasar lebih-kurang RM80 sebulan) dan maksima tertakluk kepada keputusan pengunderaitan.

    
IET CLASSIC MENAWARKAN MANFAAT SEPERTI BERIKUT:
    
1     MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta (anak) akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi (Participant Investment Account) serta lebihan dari Dana Risiko (Risk Fund) melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni (Ta'awuni Account Pool). Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.
    
2     MANFAAT KEMATIAN ATAU HILANG UPAYA KEKAL- UNTUK ANAK
Sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal terhadap peserta (anak) sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan yang diambil berserta jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi dan juga lebihan dari Dana Risiko akan dibayar kepada peserta atau waris peserta atau keluarga terdekat. Selepas dari itu sijil tersebut akan ditamatkan.

3     MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL (40 JENIS PENYAKIT)- UNTUK ANAK

Apabila peserta (anak) disahkan mengidap salah satu daripada 40 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan didalam sijil, peserta akan dibayar jumlah perlindungan penyakit kritikal tersebut sekaligus (100%). Selepas pembayaran manfaat itu, sijil tersebut masih lagi berkuat-kuasa sehingga tempoh matang sijil dan manfaat-manfaat lain tidak akan terjejas dengan tuntutan yang telah dibuat itu.
    
4     MANFAAT PENGECUALIAN SUMBANGAN AKAN DATANG (ciri paling istimewa)
Sekiranya pembayar (pemilik sijil dan bukannya anak) disahkan mengidap salah satu dari 39 jenis penyakti kritikal yang disenaraikan didalam sijil atau hilang upaya penuh atau meninggal dunia sebelum tempoh sijil matang, kesemua sumbangan masa depan atau akan datang (sumbangan pelan asas dan juga termasuk semua sumbangan manfaat tambahan yang disertakan), dikecualikan sehingga tempoh matang sijil. Ini bermakna pembayar (pemilik sijil) tidak lagi perlu meneruskan bayaran atau sumbangan bulanan untuk pelan pendidikan ini sehingga tempoh matang sijil.
Apabila tempoh sijil matang, peserta (anak) akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi (Participant Investment Account) serta lebihan dari Dana Risiko ( Risk Fund) melalui Akaun Terkumpul Ta'awuni (Ta'awuni Account Pool). Selepas dari itu, sijil tersebut akan ditamatkan.
    
5     MANFAAT HILANG UPAYA SEPARA AKIBAT KEMALANGAN- UNTUK ANAK
Andaikata peserta (anak) mengalami hilang upaya separa akibat kemalangan (contoh putus tangan sebelah, putus ibu jari kaki kiri dan sebagainya), manfaat hilang upaya separa akibat kemalangan akan dibayar berdasarkan tahap kecederaan sepertimana termaktub didalam jadual pampasan didalam sijil.
    
6     MANFAAT ELAUN HARIAN HOSPITAL- UNTUK ANAK
Sekiranya peserta (anak) dimasukkan ke hospital sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 jam, maka peserta akan dibayar manfaat elaun harian hospital untuk satu hari kemasukan bermula dari hari pertama dan jumlah maksima bilangan hari manfaat hospital ini adalah terhad kepada 365 hari sepanjang tempoh sijil berkuatkuasa.
    
7     MANFAAT PERBELANJAAN PENGKEBUMIAN- UNTUK ANAK
Apabila berlakunya kematian kepada peserta (anak), manfaat ini akan dibayar kepada penuntut yang berhak, pentadbir atau wasi dalam tempoh 24 jam setelah dibuktikan dengan sijil kematian ataupun permiy pengebumian yang disahkan.
    
8     PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran sebahagian wang tunai boleh dilakukan sebanyak 50% daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) kali pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepangjang tempoh sijil, dengan jarak minimum diantara pengeluaran ialah dua (2) tahun.
    
9     ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Anak anda akan dianugerahkan RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua mata pelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minima 7A) dan SPM/STPM (minimum 7A).
    
10     PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN DARI LHDN
Pelepasan dari cukai pendapatan diberikan oleh LHDN sehingga RM3,000 setahun.

 Untuk sebarang pertanyaan, sila klik di sini ...